Wednesday, June 24, 2015

PakLang ft MakNgah


Assalamualaikum dear reader,
Dalam hidup ni mesti akan ada sorang insan yang kita rasa dia dah macam part of your life, your family, semua cerita hidup kita sampai ke kisah family kita semua dia tahu. (Tak de lah semua sangat pon huhu)
Waktu kita susah, waktu kita sakit, waktu kita dapat suatu yang gembira ke atau time tu kita tengah menangis sampai tak tahu nak luah kat sesiapa, orang pertama yang kita cari adalah dia. Yang kalau keluar pastu terjumpa barang feveret or makanan feveret dia ke mesti teringat.
Yang selalu tanya perkembangan terkini, sihat ke tidak, pergi mana-mana dia rajin bercerita. Yang selalu beri kata-kata semangat walau time tu dia pun dalam keadaan ok tak ok je. Kita tahu sebab kita sendiri dapat rasa kan. Ecewwah.
Yang dah bertahun-tahun tak pernah tinggalkan kita (mana ada bertahun tahun, baru je lagi). Yang kalau ada masalah saling kongsi. Yang kalau terasa hati tak pernah lama, yang kalau cemburu tak pernah nak cakap. Sebab masing-masing tahu, masing-masing ada hati yang perlu dijaga.
Tak ramai orang akan jumpa teman yang macam tu. Bersyukurlah.
Pada yang masih belum berpeluang, kalau masih tak jumpa. Carilah.
Perlahan-lahan. Pasti jumpa.

Pendek kata dari sis, jika benar berjodoh pasti takkan jadi milik orang lain. Yakin dengan janjiNya. Dalam masa yang sama kena usaha. Usaha untuk berubah kearah yang lebih baik dan usaha jugak untuk mencari. Bukan tunggu jodoh datang ketuk pintu rumah(Posmen pon boleh jadi).

Alhamdulillah, I've found one. Mak bibah can i have your son for the rest of my life say yes say yes
Gasing heart Flower.
Flower heart Gasing.


Tuesday, June 9, 2015

Pelangi






Assalamualaikum dear reader,

Ehem, lama tak berceloteh. Kali ni nak ajak dear pembaca semua belajar dengan alam. Lebih spesifik lagi belajar dengan pelangi. Yeayy pelangi. Saya suka saya suka.
Ok kita mulakan terus eh, kata orang, nama pun hidup, kita pasti ada masalah. Kadang masalah yang pertama dah selesai, baru nak bernafas, datang pulak masalah yang kedua. Hidup ini macam roda. Biasa dengarkan? kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. Kadang-kadang terlintas jugak kat benak sis kenapa ujian masalah ni tak pernah berhenti nak datang kat kita. Dah la datang bawak beban, bukan kesenangan. Sampai satu tahap tu, kenapa hidup kita yang dikatakan seperti roda ni selalu berada kat bawah je? Macam tak pernah merasa langsung kat atas. Muhasabah balik diri kita, mungkin kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita dapat setakat hayat kita sekarang ni.

Kalian nak tau kenapa bagi sis, pelangi ni spesial? Sebab dari pelangi lah sis belajar untuk lebih banyak bersabar. Pelangi selalu muncul lepas hujan, dalam erti kata lain, pelangi ni sabar tunggu hujan habis baru dia keluar. Sama la macam kehidupan kita. Kita kena tiru macam pelangi yang banyak bersabar. In sha Allah, sampai masa waktu dan ketika, bila hujan dah mulai reda dan berhenti kita keluar atau muncul dengan indah. Yang bila orang tengok, eh ada pelangi. Ha bukan senang tau nak dapat tengok pelangi. Bukan hari-hari. Itupun kalau perasan pelangi tu ada, Sebab warna dia kan cair sikit. Ke mata sis yang nampak cair pelangi tu? Hehu.

Mungkin kita pernah merasa kita lah manusia yang paling tak beruntung kat dunia ni. Sebab apa kita fikir macam tu? Hmm? Hmm? Sebab kita tak reti bersyukur dan selalu melihat ke atas. Sesekali lihatlah kebawah, ramai orang yang jauh lebih sadis tak beruntung hidupnya jika nak dibandingkan dengan kita. Yup jalan hidup kita semua tak sama. Sis faham. Mungkin ada antara kita yang lalui air mata kehilangan, rasa kecewa, patah hati semua-semua  tu la. Ingat balik cerita pelangi sis tadi. akan ada hal yang indah menanti kita.

Nah sis punya kata sapot

H I D U P
Tak semuanya indah
Bukan semuanya gula
Segala apa yang telah kita lalui
Menjadikan siapa kita hari ini
Bertabahlah

Senyum seindah pelangi
Salam sayang.

Sunday, June 7, 2015

Hey Ladies !


Favourite song
#Part 1


Khas untuk kaum Hawa :)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu pelengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita
Dengan keimanan bukannya harta
Ataupun pujian
Kelak tidak berharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
Bahwa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan.



Saturday, June 6, 2015

Hati Mati



Assalamualaikum dear reader,

Kadang-kadang kita leka dengan hal dunia

Tak sedar lama-lama hati kita keras, hitam, membusuk

Titik hitam bertambah dari hari ke hari

Penyakit hati yang sekecil-kecil kuman kita tak sedar

Haaa, sis nak kongsi sikit cara nak sucikan semula hati kita ni antaranya:

1)Dirikan solat dan sentiasa di awal waktu
2)Ingat Allah dan ingat mati
3)Selalu baca Al-Quran, jangan tinggal walaupun sehari
4)Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW kita
5)Berpuasa sunat isnin dan khamis
6)Menunaikan solat taubat

Boleh slow-slow buat. Slow and steady win the race kate omputih.Yang wajib jangan sesekali kita tinggal. Yang sunat kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Jom sama-sama kita masuk syurga. Sis tak nak masuk sorang. Jom paksa sikit diri kita ni. Jangan manja sangat. Syaitan itu sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menyesatkan kita.Sampai bila nak bergelumang dengan maksiat kan? Kita pun tak tau bila ajal kita datang menjemput.
Astaghfirullah.

p/s; Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah adalah yang sedikit, tapi istiqamah

Salam sayang.



Friday, June 5, 2015

Doa Bonda

Assalamualaikum dear reader, ni bait-bait kata kat bawah ni adalah doa ibunda sis yang dihantar melalui whatsapp direct terus kat sis beliau hantar. Terima kasih atas doanya mak !

"Doa kesejahteraan sentiasa mengiringi anak-anak

Ibu bapa tak pernah menyingkirkan anak-anak

Tetapi sikap anak-anak yang mementingkan diri sendiri menyebabkan ibu bapa menjauh

Anak-anak zaman sekarang dia tak tahu sejauh mana ibu bapa sayang kepadanya

Dia tak tahu pengorbanan ibu bapa terhadapnya

Sebab dari pandangan kasar anak-anak menilai ibu bapa senang, sihat dan ceria

Semoga kau berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat

Menjadi anak solehah, berbakti pada ibu bapa dan bersikap rendah diri

Menghargai dan menghormati orang di sekeliling".




"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)". (Surah al-Isra' : 23).

Thursday, June 4, 2015

Bunga Idaman

Assalamualaikum semua dear pembaca, ni entri ke berapa eh? Ha mesti semua tertunggu tunggu bila la sis ni nak update yang baru kann, (eceh perasan). Tau tak? Tajuk kali ni memang ngam sangat ngan jiwa raga anak muda yang teringin nak ada soulmate till jannah. Berhuhuhu la kita ngan tajuk entri kali ni. Ha dilarang menggatal kat sini eh.( *muka serius). Ok let sis straight to the point, siapa yang kawin muda time belajar mesti ramai curious macam mana nak convince kan parents belah sana ngan belah sini kan? Sis ni tanya macam la dia ada pengalaman kawin muda kan. Haha. Bukan  begitu niat qalbu sis.

Tapi yang paling paling paling (*3 kali paling means so serious) sis nak luah kat dalam entri ni bukan how to convince our parents to get married earlier. Sis nak luah ketidakpuasan hati diulangi (tak puas hati) bukan dengki okay ?. Sis tak puas hati dengan segelintir puak2 yang kawin muda ni suka tayang happiness kalian macam tak de orang lain dalam dunia ni. Tok tok tok (*ketuk pintu hati) nak nasihat sikit boleh?. Seeloknya kita sembunyikan kebahagiaan kita tu, sebagaimana kita sembunyikan kedukaan kita.

Tak semua orang bernasib baik nak dapat bakal zauj/zaujah yang solehah mawaddah warahmah zaman sekarang.

Ada yang tak sempurna fizikalnya, tapi tak pernah putus berharap dalam setiap doanya dipertemukan insan yang sudi menerima kekurangan dirinya.

Ada yang bertahun tahun masih ternanti nanti putera idaman puteri pingitan tak kunjung tiba.

Ada juga yang berhempas pulas sebab bukan datang dari keluarga yang senang, semata-mata nak segera menghalalkan hubungan tanpa dibelenggu maksiat. Contoh paling nyata si penulis ni. Haha. Ni semua fakta tau. Baru empat, ada banyak lagi fakta yang kalau kita perhati, ramai orang sekeliling kita yang mungkin tak berapa nak bernasib baik macam kita. You got me?

Jom sama-sama ucap Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni. Atau kata lain Qana’ah. Be alert la sayang dengan sekeliling. Dah besar kan? Tak manis tau bila berpeluk kiri kanan depan belakang even dah sah suami isteri lagi-lagi niat kita upload tu nak menunjuk. Laa betul la nak menunjuk, jangan hentam sis sebab sis kata spesies macam ni nak menunjuk. “Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang”.Erkk

Ok kalau bukan nak menunjuk nak apa? Berkongsi kehidupan?. Ermm (*tarik2 janggut gaya tengah fikir). Ni belum bukak cerita pasal yang berniqab tak berniqab lebih kurang sama, yang belum kawin macam dah kawin. Mahalkan diri tu ye sayang. Sebab kita kan muslimah yang akan jadi permata dan bidadari untuk orang-orang yang tersayang kelak. Sis nak kongsi lirik lagu yang sangat bermakna buat siapa-siapa yang sedang membaca ni, ditujukan khas untuk mu kaum wanita. Bila-bila free dengarla eh (Mestica ft. Munif- puteriku sayang)



Kaum hawa, konsep mudah sis kongsi. Kalau kita nak yang mahal harga diri, kita mesti mahalkan
diri. Kalau kita nak yang pandai menjaga diri, mesti pandai menjaga diri dulu. Jangan mudah memberi hati. Jangan mudah menawarkan diri. Kerana jodoh itu, cerminan diri kita sendiri.

Bukan marah, lebih kepada teguran manja aum2 ye sayang, malah sis ni tak de hak secebis kuman pun nak ikut masuk campur life super duper bahagia kalian tu. Takut jugak kalau sis ni sebelum kawin boleh la cakap jangan tu jangan ni. Tengok-tengok sis sendiri yang banyak upload gambar show off happiness dengan zauj nanti. Maklumla zauj hensem. Woha!. Ucap apa anak-anak? Alhamdulillah.

Ya Allah jagakanlah insan-insan  yang kami sayang dan ampunilah dosa-dosa kami. Aminn. Semoga kita semua dibawah lindunganNya dalam zaman yang penuh mehnah dan fitnah ini.

Nota untuk bakal zauj : petikan dari kata pujangga tokoh islam, “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama pada diri mu, maka hilanglah cintaku padamu”.


Salam sayang.

Tuesday, June 2, 2015

Salam Taaruf, Salam Sayang

Assalamualaikum sedara sedari, untuk mulakan sesi taaruf puok kita dalam entri julung-julung kali sis ni, wehuu (menjerit dalam hati), sebab akhirnya tercapai jugak angan-angan nak ada blog sendiri. Ehem ikhlas dari hati, sis rasa melalui penulisan citra hati semua berkisar tentang kehidupan sis sahaja. Kena bagitau awal-awal ni, takut ada yang terasa kena hentam. Ala kalau kena batang hidung sep2 yang membaca sekalipun, mungkin tu jentikan tarbiah yang Allah cuba nak sampaikan melalui sis. Ha sape tau kan? hehe. Dalam blog ni tak lain tak bukan sis cuba nak gambarkan sisi peribadi hidup sis dan orang yang pernah, and still hadir sepanjang 20+1 selama diberi nikmat nyawa, nikmat kesihatan, segala macam nikmat hari ini. Special thanks untuk mak ayah, adik beradik, sedara mara, dan si dia yang menyapot dari belakang dan sentiasa ada di sisi sis. Sobs sobs. Ok2 bawak bertenang semua. Si dia yang dimaksudkan biarlah rahsia untuk sesi taaruf entri kali ni. Tunggu entri akan datang kalau sis rasa nak bukak cerita pasal si dia tu, sis bukak lah yerrr untuk pembaca2. Kah. Itupun kalau rajin la, tengok mood jugak. Kah kali kedua. Jap nak promote sikit fakta diri sis. Kalau sape2 yang follow insta sis tu tau la 20 fakta tentang sis ni. kalau x follow lagi, silalah silalah, tunggu apa lagi? pegi ambil segala mak nenek fon kalian yang canggih manggih tu, search nama sis, follow. In Sha Allah jangan risau, galeri insta sis takdek pon gambar syok sendiri dok berselfie berwefie yang nak tarik perhatian ajnabi. Gitu. Nak bocor rahsia cket la kan, kebanyakan gambar dalam insta sis tu, semua given by him. Si dia. Oklah taknak cerita ceriti panjang dah, jom baca 20 fakta tentang siapakah diri hamba Allah ini. Oh sebelum terlupa, sis akan cuba sedaya upaya untuk formalkan penggunaan bahasa melayu dalam setiap entri sis.

1)Maksud nama sendiri Cahaya Keadilan. Ha pandai2 la cari nama sebenar

2)sangat2 sensitif dgn nyamukkk, baru landing je, effect dia mcm kena sengat tebuan, boleh berparut lagi tau 

3)tak pernah ada warna, makanan, minuman fevret selama hidup 21 tahun ni, tibai je

4)suka tgok laki tinggi, pakai spek mata, kening cantik, sebab bakal zauj pon cenggitu kahkah 

5)tak layan kpop, suka dgr lagu FT Island je, itu satu2 nya yang dilayan sbb suara vokalis dia perghhh

6)tak suka bershopping, kalau nak beli jugak, yang paling3 murah itu lah di pilih

7)tinggi 168cm, kurang berat sikit so tak layak nak mnderma darah

8)suka google images lukisan pmndgn kt kmpung nelayan,pokok kelapa,nature beauty lah senang citer (kalau bosan)

9)Tak suka pakai jam tangan, cincin gelang segala mak nenek yg melekat kat tangan, menganggu sangat, rimasss

10)tak boleh tengok tandas kat rumah kotor, kalau nmpak kotor, terus sental tang2 tu jgk

11)tak suka fikir / simpan benda2 kecik remeh dlm kepala otak, say yes means yes say no means no

12) tak boleh tengok pakcik makcik yang tua2, yang mcm kesian2 sebab sedih cket, rasa nak menangis kena pndai cover babe !

13)suka corak apa2 baju yang ada bunga2 kecik, macam ayu sopan je bila pkai kat badan sndiri, puihh

14)jenis yg kau buat hal kau, aku buat hal aku, aku x kacau hidup kau, kau sape nk kacau hidup aku ?

15)bukan datang dari keluarga yang mewah. Nak apa2 usaha sendiri. Mak ayah yang ajar macam tu, ade la cket2 mak ayah tolong kalau xcukup

16)anak kedua dari 5 beradik yg sgt disayangi, emmuah

17) sblm pkai spek, slalu berdoa supaya Allah bg rabun, nmpk cungg je rase bila pkai spek, bila dh pkai, ha amekaw rasekan

18) tapak tangan aku kasar woii, ramai tegur

19)pernah masuk ward sebab denggi and anaemia masa zaman sekolah, sekarang dah stabil blood pressure, alhmdulillah

20)Eh dah habis eh? habis jugak akhir nya, cramp menaip .

Ok cukup 20 fakta. Bertaaruf sudah, berdebat sudah. Ktipu. Balik semula pada point asal kita, Kenapa nama asal blog ni sis letak buttondell? Sebab taknak butangdell. Ok hambar.





Nota kaki : Tetaplah menjadi hambaNya yang selalu taat menjalankan perintahNya dan menjauhi segala macam laranganNya. Sis tolong translate nak tak gambar tu?  Pertolongan Allah sangat dekat dengan kita, tapi persoalannya dekatkah kita dengan Dia? 

Tak malu ke kita yang seringkali

banyak ingkar dari ikut

banyak keluh dari syukur

banyak angkuh dari sujud

banyak negatif dari positif

Bersangka baiklah dengan Tuhan. Hakikatnya ramai manusia menginginkan kehidupan yang indah. Indah pada mata kasar, realitinya tidak. Allah bentangkan dunia ni dengan ujian dan cabaran. Moga kita lebih dekat dengan Nya.

Salam taaruf dan salam sayang dari sis untuk adik, akak, abang yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati runtunan kalbu ku ini. Moga diberi kesempatan untuk terus mencoret rasa hati dalam entri seterusnya.
Sampai ke sudah misteri buttondell tak terjawab jawab. Kah.