Thursday, July 21, 2022

Pengalaman IV Guru Kafa Selangor

 Assalamualaikum, lama tak update. Busy nau la kata kan. Hai korang, harini rasa nak share pasal temuduga guru kafa under jais. Tak sangka cepat dia suruh datang temuduga. Rasa baru je hantar borang permohonan kerja tu. Tak pela. Kita study la sikit2 apa yang patut. Basic je soalan dia. Kita share kat korang serba sikit eh.


Terbahagi kepada dua bahagian. Ujian losan dan bertulis. Yang bertulis tu dibagi masa sejam, jawab dalam jawi semua soalan. 

Contoh soalan ujian lisan. 

-Baca surah Al fatihah, Surah Al Baqarah ayat 1-10.

-Keluarkan hukum tajwid, apa hukum nya, berapa harkat bacaan nya.

-Terangkan isu semasa, pasal apa2 je, pasal ict pon ada ditanya. 

-Terangkan ajaran sesat di selangor, ciri ahli sunnah wal jamaah

-visi misi falsafah, pengarah jais, ketua unit pai kat jais.

-upkk tu apa sebenarnya

-tu jela.


Untuk ujian bertulis:

-bina ayat dari perkataan arab yang dibagi. Dalam 5 ayat

-dibagi nombor ratus, 450,500,860, 1000,250. Tukar dalam arab.

-nyatakan maksud akidah

-qodok dan qodar

-istinjak dan alatannya

-hukum baca doa qunut

-tulis doa qunut full

-jawikan perkataan diberi.

Contohnya : pengawal, menguntungkan, riwayat, sabda, hati hati, spesifik, negatif, rupa,atau,jasad,solat gerhana.


Tu jela. Selak2 sikit buku pafa upkk adik2 korang tu hokay. 

Wish me luck😚😚😚

Ok bye korang. 

Sunday, May 28, 2017

Its 2017

Bismillah..

Uii lamanye tak buka akaun blogging2 ni, fuh berhabuk.

Tahun 2017 bulan 6. Hmm setahun lepas bukak akaun ni dalam bulan jun jugak, tahun ni baru nak jengah balik. Perangai sangat.

Masih sama. Tahun lepas bulan 6 puasa, tahun ni pon tengah puasa la ni. Haippp puasa2 !!.

Alhmdulillah masih diberi kesempatan, dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan barokah ni, moga-moga bulan yang dilipatgandakan pahala ni, kita sama-sama tingkatkan amal diri sendiri, untuk bekalan kita kat sana nanti jugak kan. Tarbiah untuk diri sendiri je ni sebenarnya. Dah korang baca, kira untuk korang sekali lah ! 😂

Apapun, tujuan utama nak mintak maaf zahir  batin, kepada sesiapa yang mengenali diri ini, tak kisah la kesilapan yang saya pernah lakukan tu sepuluh tahun dulu, tahun lepas ke, bulan lepas ke, semalam ke, maaf la ku pinta, ikhlas dari hati .. maaf kan lah saya ye awak2.

Sekian entry kali ni yang agak membosankan, jam pon dah pukul 1 pagi waktu 🇲🇾 Malaysia, ngantok diknon oit.

Chan chin chou, Assalamualaikum 🌷

Monday, June 20, 2016

Totally Me


Favourite Song

#part2

Tajuk : Tak Tercapai Akalmu - Elyana


Ku congak apa yang di depanku
Sebelum atur langkah
Ku tahu kan ke mana

Tak mudah aku kan diperdaya
Dengan pujuk dan rayu
Hasut ku ke duniamu

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Selalu difikirkan dulu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
Yang kau sangka mudah di rebah
Santunku bukannya ku lemah

Mudahnya merosakkan dari membina
Mencemarkan dari memulia
Tak menghirau dari mengendah

Wednesday, June 15, 2016

Intern Life


Hai assalamualaikum semua, dah dua minggu sis ber"intern" kat lab  ni, sebenarnye bulan2 puasa ni sis ngantok time keje, tu yang terdetik nak taip. p/s: intern dgn keje tu sis kira lebih kurang sama la..first puasa haritu lagi (6.6.2016) sis dah lapor diri kat LAB COMPANION ni ha. Dekat je ngan rumah, so memang tak payah fikir pasal tempat penginapan, transport nak pergi pon senang dan jimat. Sis jalan kaki je, hehe. Intern selama 3 bulan ni sis asyik kena buat PCR ngan run gel electrophoresis. Seronok sebab dapat pengalaman main dengan macam2 sample dari customer. Kalau dekat u, sampel nya asyik plant ngan tikus. Plant tu pulak sekecil2 tumbuhan what we called arabidopsis thaliana. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal PCR atau nama panjang Polymerase Chain Reaction boleh google, jangan malas!. Contoh sample yang sis buat time keje ni antaranya shrimp and fish to detect viruses, chicken's spleen to detect vaccines, horse's urine to detect anabolic steroids. Ada lagi tapi cukup la tu dulu. Lepas ni sis kena siapkan diri untuk FYP (final year project) pulak. Gerak lu peperojer next entry. Goodluck siapa2 yang bakal intern dan sedang berintern. Byeee heee

Wednesday, March 2, 2016

SPM Result

Arghhhh mesti siapa2 yang ambil SPM tahun lepas tak boleh tidur nyenyak malam tadi kan? Dupdapdupdap debar sebab esoknye nak kena berdepan dengan soalan-soalan maut.. Haha. "Weh berapa?", " ko pandai mesti gempak", "aku boleh la cukup makan" haaaaaa ni antara jawapan/dialog bila ada yang bertanya pasal result espiyem.

Assalamualaikum heyyo semua, bila teringat balik nostalgia nak ambil result SPM rasa mcm..mcm..ingat2 lupa. Camne nk throwback kat hampa semua sebab ceq pon tak ingat. Hehe

Ha tapi semua tau la memang mendebarkan kalau nak tau result. Kalau spesies macam sis, tak kira la result apa pon, tak pernah tak neves.

Apapun kat sini sis nak ucapkan tahniah tak kira la berapa bijik A sekali pon yang awak dapat. Jadikan ini titik tolak untuk terus berusaha di masa akan datang. Jangan sedih2, rezeki Allah tu luas. Yang penting usaha mesti ada, lepastu tawakkal. Kebergantungan kita pada Allah tu kena kasi kuat lagi. Redha saja kalau kita dah usaha dah tawakkal, tapi hasilnya tak memberangsangkan. Bersangka baik dengan Tuhan ye..muah.

P/s: nak gitau sebenarnya sis adore sorang ni, sebab nama dia tak pernah missed terpampang kat dewan sekolah dulu. Tahniah Dr Gasing dulu dapat SPM gempak. Otak ape ni? Sampai 13 subjek nak bolot semua A. Hahaha.

Monday, February 29, 2016

27 Feb

Ha ada apa 27 feb ni sis? ada apa? kenapa tarikh ni? ada apa2 yang bermakna ke?
tak menyempat nak bagi salam, laju je sis monolog dalaman sendirian.

Assalamualaikum semuaaaa, tarikh ni disiarkan sebagai tajuk entri kali ni tak lain tak bukan sebab memang terkejut sangat2 bila dapat tahu. Yang sebenarnya tarikh ni merupakan hari bersejarah 3 insan paling sis sayang. Serentak diorang bertiga punya tarikh lahir. Diorang yang sis maksudkan ialah ahmad najib, ahmad izzuddin, ahmadul haq.

Senang la kerja sis nanti kalau ada niat nak sambut ke kan. Manalah tau nak buat birthday suprise, boleh kenakan tiga makhluk ni sekaligus. hehe.


Tuesday, February 23, 2016

SAMT SSAAS BT38

Assalamualaikum semua..bila sebut nama sekolah samt ni, terus rindu. Rindu semua kenangan yang pernah diukir kat situ. Meh sis bagitau nama penuh sekolah yang dicintai ni, SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BATU 38 SABAK BERNAM. Fuhhhh satu nafas je sis sebut (T.T)

Kat situ bumi tarbiah yang paling best. Tak tipu. Banyak nak cerita pasal samt ni. Tapi bila fikir balik tak cukup 7 hari 7 malam kalau sis bukak cerita. Nanti sis kepilkan beberapa nostalgia menggamit memori kat sekolah tu. Rindu hanya Tuhan yang tau. Kalau ada kesempatan nanti nak pergi melawat dengan gula2 hati merangkap senior sis. Anyonyo :)


Ha ini barisan tentera SPM batch 94 tahun 2011. Kalau tak silap sis gambar ni dirakam masa jamuan. Gigih la kitorang bawak buku gi jamuan makan. SPM kannnn cuak kot. Hehe.




Sis memang tabik respect la sape2 antara batch sis yang masih simpan lagi button badge ni. Sebab kalau tanya sis..tau dah jawapannye. Yilek haha. Ni dapat sempena apa eh? Sis hilang ingatan, tapi tshirt kitorang design ada lagi sis simpan. Sama warna mcm button ni. Hijau putih. Siapa hijau? Mak kau hijau. (Pengaruh budak skrg, jgn tiru sis)

Dulu sis pernah join nasyid kat samt ni. Tapi godek2 gambar lama tak jumpa pulak muka yang tengah feeling abis atas stage. Masa pemilihan anggota kot masa tu. Nama program pemilihan tu 'Nasyid forth'. 4 orang ahli satu kumpulan, sis bagi nama kumpulan sis time tu udaimatunnur ke ape nur ntah. Hahahaha. Alhamdulillah terpilih hehe.

Ok la penutup sis tayang gambar terkini kitorang jumpa balik masa iftar puasa tahun 2015 haritu. Masing2 dah hampir merealisasikan impian yang selama ni diimpikan. Semoga tali persahabatan yang terbina terus berkekalan sahabat :)
Allahumma Aaamin.


Jumpa lagi entri seterusnya..daa~