Kat situ bumi tarbiah yang paling best. Tak tipu. Banyak nak cerita pasal samt ni. Tapi bila fikir balik tak cukup 7 hari 7 malam kalau sis bukak cerita. Nanti sis kepilkan beberapa nostalgia menggamit memori kat sekolah tu. Rindu hanya Tuhan yang tau. Kalau ada kesempatan nanti nak pergi melawat dengan gula2 hati merangkap senior sis. Anyonyo :)
Ha ini barisan tentera SPM batch 94 tahun 2011. Kalau tak silap sis gambar ni dirakam masa jamuan. Gigih la kitorang bawak buku gi jamuan makan. SPM kannnn cuak kot. Hehe.
Sis memang tabik respect la sape2 antara batch sis yang masih simpan lagi button badge ni. Sebab kalau tanya sis..tau dah jawapannye. Yilek haha. Ni dapat sempena apa eh? Sis hilang ingatan, tapi tshirt kitorang design ada lagi sis simpan. Sama warna mcm button ni. Hijau putih. Siapa hijau? Mak kau hijau. (Pengaruh budak skrg, jgn tiru sis)
Dulu sis pernah join nasyid kat samt ni. Tapi godek2 gambar lama tak jumpa pulak muka yang tengah feeling abis atas stage. Masa pemilihan anggota kot masa tu. Nama program pemilihan tu 'Nasyid forth'. 4 orang ahli satu kumpulan, sis bagi nama kumpulan sis time tu udaimatunnur ke ape nur ntah. Hahahaha. Alhamdulillah terpilih hehe.
Ok la penutup sis tayang gambar terkini kitorang jumpa balik masa iftar puasa tahun 2015 haritu. Masing2 dah hampir merealisasikan impian yang selama ni diimpikan. Semoga tali persahabatan yang terbina terus berkekalan sahabat :)
Allahumma Aaamin.
Jumpa lagi entri seterusnya..daa~



No comments:
Post a Comment