Sunday, August 9, 2015

Berbudi pada tanah

Assalamualaikum dear reader,

Yaaa beda bedu ketemu lagi kita yeop, entri kali ni sis nak kongsi pasal rezeki Allah limpahkan kalau kita berbudi. Dalam case ni sis fokus berbudi pada tanah la.

Alhamdulillah syukur, selama ni mak dok tanam pisang, daun limau purut, daun inai, daun kari ada la lain2 lagi memang bukan niat nak jual pon. Ala tanah pon sekangkang kera je tepi jalan. Jiran2 yang teringin nak campak jenis2 daun tu memang dialu-alukan pon kalau nak petik ambik buh dalam masakan diorang. Bila-bila nak petik je. Sedekah kata mak. Kita jugak yang dapat pahala. Senang je nak kumpulkan pahala sebenarnye. Ye dok? Ke idok? Hehe.

Tersebutlah kisah, pada satu hari ni, ada orang tanya sis time niaga (baca entri sebelum ni), "adik, serai wangi ni sape punya?". Sis pon dengan tenang (eceh) jawabla "mak saya punya. Kenapa kak?". "Akak nak serumpun boleh? Letak harga berapa?". Pumpang2 sembang sekencang angin. Akak tu pon berminat nak serai wangi tu. Kata nye buat bisnes mandian herba gitu.

Alhamdulillah untuk tu. Esoknya akak tu hantar wasep nak daun limau purut dua kilo pulak. Macam supplier dah kite rasa.

Ok penat taip. Kesimpulannya, rezeki Allah datangkan pelbagai cara. Sama2 la kita kongsikan dan manfaatkan sumber alam yang ada. Keypoint entri ni sis nak cter pasal mak memang tak berapa suka tanam pokok bunga. Katanya tak boleh buat makan. Tapi memang betul pon sis rasa. Takat hiasan nak cantikkan depan halaman rumah tu sikit2 boleh la. Takpe2. Terpulang la pendapat masing2 kannnn. Tanam la nak tanam apa pon. Janji hati memasing gumbira. Agugugumbira.

Ni daun ape? Cuba teka? Jumpa lagi entri akan datang 🙌. Huhu

Friday, August 7, 2015

Aktiviti Cuti Sem

Assalamualaikum, hai semua dear pembaca setia, ecece setia la sangat, ntah2 memasing baca skip2 je kan. Nevermind people nevermind.

Ok2 sekarang bukak citer, cuti sem kali ni, sis cadang taknak mintak keje. Nak keje sendiri like a boss. Boleh bah kalakau. Sis cadang nak niaga buah potong, coconut shake, ada la benda2 lain yang kiut miut jadi sampingan produk2 tadi tu. Eceh produk.

Ok plot cerita bermula pabila sis berusaha wasep member2 lama tanya pasal ada payung niaga tak?. Nak beli sendiri cam tak berbaloi sebab bukan kerja tetap pon niaga ni. Cuma isi masa lapang la daripada duduk melangut kat rumah kannnnn. Ha terasa lettu.

Payung settled. Ada yang sudi sewa kan. Harga boleh nego la, kate kawan. Hek eleh.
Pastu beralih pulak modal nak beli barang. Mak ayah bersetuju nak keluarkan modal beli barang. Pumpang pumpang dapat la setongkol gerai. Kalau tengok dari jauh cam comel cam cantik. Macam hidup segan mati tak mau.

Nah terimalah sis nak belanja gambar gerai. Tak nak terima pon sis lekat tampal jugak kat blog ni. Hehuuu



Tuesday, August 4, 2015

Benci VS Cinta

  






Hai dear reader, assalamualaikum
takde intro terus masuk isi eh, boleh?
Sis maleh nak pikior ayat intro, takpe2 nanti bila2 free boleh je edit, ye dok?


Ok lets start eh
..Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan terlalu CINTA nanti berubah jadi BENCI
jangan terlalu BENCI nanti berubah menjadi CINTA

Bersikap sederhanalah dalam cinta dan jangan berlebihan dalam membenci
sama lah jugak macam musim, perasaan pon boleh berubah tau

Serahkan hati pada Allah, dia yang mengatur kehidupan kita.
Macam sabda Nabi Muhammad ni, biasa kita dengar
"Cintailah sesuatu dengan sederhana, boleh jadi engkau akan membencinya pada
suatu ketika. Dan bencilah sesuatu perkara dengan sederhana,
boleh jadi engkau akan mengasihinya pada suatu ketika"
(HR At-Tarmizi)

Pendek kata hadis ni mengingatkan bahawa kalau kita mencintai seseorang jangan berlebihan, demikian lah jugak sebaliknya, kalau kita membenci seseorang jangan berlebihan.

Semoga bermanfaat.
Salam sayang.

Bila Rindu






Hai Assalamualaikum dear reader, rindu nak menaip, takde kena mengena ngan yang masih hidup mahupun yang telah mati. Ktipu :p

Tika engkau rindukannya
Ambillah wudhu' tadahkan tangan
pejamkan mata dan katakanlah
Ya Allah hamba sangat rindukannya
merindukan kehadirannya yang akan menjadi imam hamba

dia yang akan menjadi pelepas duka dan lara
dia yang akan menjadi teman hingga saat terakhir hamba
dia yang hatinya diselimuti taqwa dan taat kepadaMu

Ya Allah temukanlah hati kami di sebuah majlis pernikahan tanpa harus berdua-duaan
Ya Allah pertemukanlah kami hanya keranaMu dan atas redhaMu.

FlowerGasing