Monday, February 29, 2016

27 Feb

Ha ada apa 27 feb ni sis? ada apa? kenapa tarikh ni? ada apa2 yang bermakna ke?
tak menyempat nak bagi salam, laju je sis monolog dalaman sendirian.

Assalamualaikum semuaaaa, tarikh ni disiarkan sebagai tajuk entri kali ni tak lain tak bukan sebab memang terkejut sangat2 bila dapat tahu. Yang sebenarnya tarikh ni merupakan hari bersejarah 3 insan paling sis sayang. Serentak diorang bertiga punya tarikh lahir. Diorang yang sis maksudkan ialah ahmad najib, ahmad izzuddin, ahmadul haq.

Senang la kerja sis nanti kalau ada niat nak sambut ke kan. Manalah tau nak buat birthday suprise, boleh kenakan tiga makhluk ni sekaligus. hehe.


Tuesday, February 23, 2016

SAMT SSAAS BT38

Assalamualaikum semua..bila sebut nama sekolah samt ni, terus rindu. Rindu semua kenangan yang pernah diukir kat situ. Meh sis bagitau nama penuh sekolah yang dicintai ni, SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BATU 38 SABAK BERNAM. Fuhhhh satu nafas je sis sebut (T.T)

Kat situ bumi tarbiah yang paling best. Tak tipu. Banyak nak cerita pasal samt ni. Tapi bila fikir balik tak cukup 7 hari 7 malam kalau sis bukak cerita. Nanti sis kepilkan beberapa nostalgia menggamit memori kat sekolah tu. Rindu hanya Tuhan yang tau. Kalau ada kesempatan nanti nak pergi melawat dengan gula2 hati merangkap senior sis. Anyonyo :)


Ha ini barisan tentera SPM batch 94 tahun 2011. Kalau tak silap sis gambar ni dirakam masa jamuan. Gigih la kitorang bawak buku gi jamuan makan. SPM kannnn cuak kot. Hehe.




Sis memang tabik respect la sape2 antara batch sis yang masih simpan lagi button badge ni. Sebab kalau tanya sis..tau dah jawapannye. Yilek haha. Ni dapat sempena apa eh? Sis hilang ingatan, tapi tshirt kitorang design ada lagi sis simpan. Sama warna mcm button ni. Hijau putih. Siapa hijau? Mak kau hijau. (Pengaruh budak skrg, jgn tiru sis)

Dulu sis pernah join nasyid kat samt ni. Tapi godek2 gambar lama tak jumpa pulak muka yang tengah feeling abis atas stage. Masa pemilihan anggota kot masa tu. Nama program pemilihan tu 'Nasyid forth'. 4 orang ahli satu kumpulan, sis bagi nama kumpulan sis time tu udaimatunnur ke ape nur ntah. Hahahaha. Alhamdulillah terpilih hehe.

Ok la penutup sis tayang gambar terkini kitorang jumpa balik masa iftar puasa tahun 2015 haritu. Masing2 dah hampir merealisasikan impian yang selama ni diimpikan. Semoga tali persahabatan yang terbina terus berkekalan sahabat :)
Allahumma Aaamin.


Jumpa lagi entri seterusnya..daa~

Sem Baru 2016

Assalamualaikum..lamanye sis tak update blog sendiri, busy tak payah citerla, ngalahkan pak menteri..hehe

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni (sambil tiup2 habuk fuhh fuhh), sis nak cerita betapa sekejapnye masa berlalu. Sedar tak sedar dah 3rd year sis mengorbankan diri berkecimpung dalam arena pembelajaran sepanjang hayat. Ahaha. Pejam celik pejam celik tau2 dah nak habis. Sis confused nak sedih ke nak gembira.

Memandangkan baru dua hari semester 6 bermula, apalagi aktiviti sis untuk mendiami asrama kat upm ni? Komfem2 la mengemas. Kat bawah nanti sis upload gambar lemari ajaib sis. Ajaib sebab macam2 boleh sumbat dalam tu. Nak kata besar takdela besar mana.

Dengan syarat jangan judge almari sis.


Ha kamu kamu kamu, judge kite eh? Memang tak berapa lawa almari sis. Dengan hanger warna warni. Baju berlipat tak ikut alignment. Kite bukan perfectionist ok. So memang tak kisah.

Hanger tu dulu dah buat seragam tapi asyik hilang, baju pulak makin lama makin banyak (opss).. So kite main taram je la.

Pointnye nak sis nak citer, gunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya. Jangan rosakkan sebab generasi lepas2 kita nak guna pakai kemudahan ni lagi. Katakan tidak pada vandalisme.

Cam krik2 entri ni. Tak sempat nak edit snapped pic lawa2. Sebab sis tashabar nak celoteh lagi dalam entri lain.
Ingat! Jangan vandalisme. Krik2.