Tuesday, February 23, 2016

Sem Baru 2016

Assalamualaikum..lamanye sis tak update blog sendiri, busy tak payah citerla, ngalahkan pak menteri..hehe

Berkenaan dengan tajuk entri kali ni (sambil tiup2 habuk fuhh fuhh), sis nak cerita betapa sekejapnye masa berlalu. Sedar tak sedar dah 3rd year sis mengorbankan diri berkecimpung dalam arena pembelajaran sepanjang hayat. Ahaha. Pejam celik pejam celik tau2 dah nak habis. Sis confused nak sedih ke nak gembira.

Memandangkan baru dua hari semester 6 bermula, apalagi aktiviti sis untuk mendiami asrama kat upm ni? Komfem2 la mengemas. Kat bawah nanti sis upload gambar lemari ajaib sis. Ajaib sebab macam2 boleh sumbat dalam tu. Nak kata besar takdela besar mana.

Dengan syarat jangan judge almari sis.


Ha kamu kamu kamu, judge kite eh? Memang tak berapa lawa almari sis. Dengan hanger warna warni. Baju berlipat tak ikut alignment. Kite bukan perfectionist ok. So memang tak kisah.

Hanger tu dulu dah buat seragam tapi asyik hilang, baju pulak makin lama makin banyak (opss).. So kite main taram je la.

Pointnye nak sis nak citer, gunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya. Jangan rosakkan sebab generasi lepas2 kita nak guna pakai kemudahan ni lagi. Katakan tidak pada vandalisme.

Cam krik2 entri ni. Tak sempat nak edit snapped pic lawa2. Sebab sis tashabar nak celoteh lagi dalam entri lain.
Ingat! Jangan vandalisme. Krik2.

No comments:

Post a Comment