Assalamualaikum dear reader,
Yaaa beda bedu ketemu lagi kita yeop, entri kali ni sis nak kongsi pasal rezeki Allah limpahkan kalau kita berbudi. Dalam case ni sis fokus berbudi pada tanah la.
Alhamdulillah syukur, selama ni mak dok tanam pisang, daun limau purut, daun inai, daun kari ada la lain2 lagi memang bukan niat nak jual pon. Ala tanah pon sekangkang kera je tepi jalan. Jiran2 yang teringin nak campak jenis2 daun tu memang dialu-alukan pon kalau nak petik ambik buh dalam masakan diorang. Bila-bila nak petik je. Sedekah kata mak. Kita jugak yang dapat pahala. Senang je nak kumpulkan pahala sebenarnye. Ye dok? Ke idok? Hehe.
Tersebutlah kisah, pada satu hari ni, ada orang tanya sis time niaga (baca entri sebelum ni), "adik, serai wangi ni sape punya?". Sis pon dengan tenang (eceh) jawabla "mak saya punya. Kenapa kak?". "Akak nak serumpun boleh? Letak harga berapa?". Pumpang2 sembang sekencang angin. Akak tu pon berminat nak serai wangi tu. Kata nye buat bisnes mandian herba gitu.
Alhamdulillah untuk tu. Esoknya akak tu hantar wasep nak daun limau purut dua kilo pulak. Macam supplier dah kite rasa.
Ok penat taip. Kesimpulannya, rezeki Allah datangkan pelbagai cara. Sama2 la kita kongsikan dan manfaatkan sumber alam yang ada. Keypoint entri ni sis nak cter pasal mak memang tak berapa suka tanam pokok bunga. Katanya tak boleh buat makan. Tapi memang betul pon sis rasa. Takat hiasan nak cantikkan depan halaman rumah tu sikit2 boleh la. Takpe2. Terpulang la pendapat masing2 kannnn. Tanam la nak tanam apa pon. Janji hati memasing gumbira. Agugugumbira.
Ni daun ape? Cuba teka? Jumpa lagi entri akan datang 🙌. Huhu

No comments:
Post a Comment