Assalamualaikum, hai semua dear pembaca setia, ecece setia la sangat, ntah2 memasing baca skip2 je kan. Nevermind people nevermind.
Ok2 sekarang bukak citer, cuti sem kali ni, sis cadang taknak mintak keje. Nak keje sendiri like a boss. Boleh bah kalakau. Sis cadang nak niaga buah potong, coconut shake, ada la benda2 lain yang kiut miut jadi sampingan produk2 tadi tu. Eceh produk.
Ok plot cerita bermula pabila sis berusaha wasep member2 lama tanya pasal ada payung niaga tak?. Nak beli sendiri cam tak berbaloi sebab bukan kerja tetap pon niaga ni. Cuma isi masa lapang la daripada duduk melangut kat rumah kannnnn. Ha terasa lettu.
Payung settled. Ada yang sudi sewa kan. Harga boleh nego la, kate kawan. Hek eleh.
Pastu beralih pulak modal nak beli barang. Mak ayah bersetuju nak keluarkan modal beli barang. Pumpang pumpang dapat la setongkol gerai. Kalau tengok dari jauh cam comel cam cantik. Macam hidup segan mati tak mau.
Nah terimalah sis nak belanja gambar gerai. Tak nak terima pon sis lekat tampal jugak kat blog ni. Hehuuu

No comments:
Post a Comment