Thursday, July 21, 2022

Pengalaman IV Guru Kafa Selangor

 Assalamualaikum, lama tak update. Busy nau la kata kan. Hai korang, harini rasa nak share pasal temuduga guru kafa under jais. Tak sangka cepat dia suruh datang temuduga. Rasa baru je hantar borang permohonan kerja tu. Tak pela. Kita study la sikit2 apa yang patut. Basic je soalan dia. Kita share kat korang serba sikit eh.


Terbahagi kepada dua bahagian. Ujian losan dan bertulis. Yang bertulis tu dibagi masa sejam, jawab dalam jawi semua soalan. 

Contoh soalan ujian lisan. 

-Baca surah Al fatihah, Surah Al Baqarah ayat 1-10.

-Keluarkan hukum tajwid, apa hukum nya, berapa harkat bacaan nya.

-Terangkan isu semasa, pasal apa2 je, pasal ict pon ada ditanya. 

-Terangkan ajaran sesat di selangor, ciri ahli sunnah wal jamaah

-visi misi falsafah, pengarah jais, ketua unit pai kat jais.

-upkk tu apa sebenarnya

-tu jela.


Untuk ujian bertulis:

-bina ayat dari perkataan arab yang dibagi. Dalam 5 ayat

-dibagi nombor ratus, 450,500,860, 1000,250. Tukar dalam arab.

-nyatakan maksud akidah

-qodok dan qodar

-istinjak dan alatannya

-hukum baca doa qunut

-tulis doa qunut full

-jawikan perkataan diberi.

Contohnya : pengawal, menguntungkan, riwayat, sabda, hati hati, spesifik, negatif, rupa,atau,jasad,solat gerhana.


Tu jela. Selak2 sikit buku pafa upkk adik2 korang tu hokay. 

Wish me luck😚😚😚

Ok bye korang. 

No comments:

Post a Comment