Thursday, June 4, 2015

Bunga Idaman

Assalamualaikum semua dear pembaca, ni entri ke berapa eh? Ha mesti semua tertunggu tunggu bila la sis ni nak update yang baru kann, (eceh perasan). Tau tak? Tajuk kali ni memang ngam sangat ngan jiwa raga anak muda yang teringin nak ada soulmate till jannah. Berhuhuhu la kita ngan tajuk entri kali ni. Ha dilarang menggatal kat sini eh.( *muka serius). Ok let sis straight to the point, siapa yang kawin muda time belajar mesti ramai curious macam mana nak convince kan parents belah sana ngan belah sini kan? Sis ni tanya macam la dia ada pengalaman kawin muda kan. Haha. Bukan  begitu niat qalbu sis.

Tapi yang paling paling paling (*3 kali paling means so serious) sis nak luah kat dalam entri ni bukan how to convince our parents to get married earlier. Sis nak luah ketidakpuasan hati diulangi (tak puas hati) bukan dengki okay ?. Sis tak puas hati dengan segelintir puak2 yang kawin muda ni suka tayang happiness kalian macam tak de orang lain dalam dunia ni. Tok tok tok (*ketuk pintu hati) nak nasihat sikit boleh?. Seeloknya kita sembunyikan kebahagiaan kita tu, sebagaimana kita sembunyikan kedukaan kita.

Tak semua orang bernasib baik nak dapat bakal zauj/zaujah yang solehah mawaddah warahmah zaman sekarang.

Ada yang tak sempurna fizikalnya, tapi tak pernah putus berharap dalam setiap doanya dipertemukan insan yang sudi menerima kekurangan dirinya.

Ada yang bertahun tahun masih ternanti nanti putera idaman puteri pingitan tak kunjung tiba.

Ada juga yang berhempas pulas sebab bukan datang dari keluarga yang senang, semata-mata nak segera menghalalkan hubungan tanpa dibelenggu maksiat. Contoh paling nyata si penulis ni. Haha. Ni semua fakta tau. Baru empat, ada banyak lagi fakta yang kalau kita perhati, ramai orang sekeliling kita yang mungkin tak berapa nak bernasib baik macam kita. You got me?

Jom sama-sama ucap Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni. Atau kata lain Qana’ah. Be alert la sayang dengan sekeliling. Dah besar kan? Tak manis tau bila berpeluk kiri kanan depan belakang even dah sah suami isteri lagi-lagi niat kita upload tu nak menunjuk. Laa betul la nak menunjuk, jangan hentam sis sebab sis kata spesies macam ni nak menunjuk. “Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang”.Erkk

Ok kalau bukan nak menunjuk nak apa? Berkongsi kehidupan?. Ermm (*tarik2 janggut gaya tengah fikir). Ni belum bukak cerita pasal yang berniqab tak berniqab lebih kurang sama, yang belum kawin macam dah kawin. Mahalkan diri tu ye sayang. Sebab kita kan muslimah yang akan jadi permata dan bidadari untuk orang-orang yang tersayang kelak. Sis nak kongsi lirik lagu yang sangat bermakna buat siapa-siapa yang sedang membaca ni, ditujukan khas untuk mu kaum wanita. Bila-bila free dengarla eh (Mestica ft. Munif- puteriku sayang)



Kaum hawa, konsep mudah sis kongsi. Kalau kita nak yang mahal harga diri, kita mesti mahalkan
diri. Kalau kita nak yang pandai menjaga diri, mesti pandai menjaga diri dulu. Jangan mudah memberi hati. Jangan mudah menawarkan diri. Kerana jodoh itu, cerminan diri kita sendiri.

Bukan marah, lebih kepada teguran manja aum2 ye sayang, malah sis ni tak de hak secebis kuman pun nak ikut masuk campur life super duper bahagia kalian tu. Takut jugak kalau sis ni sebelum kawin boleh la cakap jangan tu jangan ni. Tengok-tengok sis sendiri yang banyak upload gambar show off happiness dengan zauj nanti. Maklumla zauj hensem. Woha!. Ucap apa anak-anak? Alhamdulillah.

Ya Allah jagakanlah insan-insan  yang kami sayang dan ampunilah dosa-dosa kami. Aminn. Semoga kita semua dibawah lindunganNya dalam zaman yang penuh mehnah dan fitnah ini.

Nota untuk bakal zauj : petikan dari kata pujangga tokoh islam, “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama pada diri mu, maka hilanglah cintaku padamu”.


Salam sayang.

No comments:

Post a Comment