Assalamualaikum sedara sedari, untuk mulakan sesi taaruf puok kita dalam entri julung-julung kali sis ni, wehuu (menjerit dalam hati), sebab akhirnya tercapai jugak angan-angan nak ada blog sendiri. Ehem ikhlas dari hati, sis rasa melalui penulisan citra hati semua berkisar tentang kehidupan sis sahaja. Kena bagitau awal-awal ni, takut ada yang terasa kena hentam. Ala kalau kena batang hidung sep2 yang membaca sekalipun, mungkin tu jentikan tarbiah yang Allah cuba nak sampaikan melalui sis. Ha sape tau kan? hehe. Dalam blog ni tak lain tak bukan sis cuba nak gambarkan sisi peribadi hidup sis dan orang yang pernah, and still hadir sepanjang 20+1 selama diberi nikmat nyawa, nikmat kesihatan, segala macam nikmat hari ini. Special thanks untuk mak ayah, adik beradik, sedara mara, dan si dia yang menyapot dari belakang dan sentiasa ada di sisi sis. Sobs sobs. Ok2 bawak bertenang semua. Si dia yang dimaksudkan biarlah rahsia untuk sesi taaruf entri kali ni. Tunggu entri akan datang kalau sis rasa nak bukak cerita pasal si dia tu, sis bukak lah yerrr untuk pembaca2. Kah. Itupun kalau rajin la, tengok mood jugak. Kah kali kedua. Jap nak promote sikit fakta diri sis. Kalau sape2 yang follow insta sis tu tau la 20 fakta tentang sis ni. kalau x follow lagi, silalah silalah, tunggu apa lagi? pegi ambil segala mak nenek fon kalian yang canggih manggih tu, search nama sis, follow. In Sha Allah jangan risau, galeri insta sis takdek pon gambar syok sendiri dok berselfie berwefie yang nak tarik perhatian ajnabi. Gitu. Nak bocor rahsia cket la kan, kebanyakan gambar dalam insta sis tu, semua given by him. Si dia. Oklah taknak cerita ceriti panjang dah, jom baca 20 fakta tentang siapakah diri hamba Allah ini. Oh sebelum terlupa, sis akan cuba sedaya upaya untuk formalkan penggunaan bahasa melayu dalam setiap entri sis.
1)Maksud nama sendiri Cahaya Keadilan. Ha pandai2 la cari nama sebenar
2)sangat2 sensitif dgn nyamukkk, baru landing je, effect dia mcm kena sengat tebuan, boleh berparut lagi tau
3)tak pernah ada warna, makanan, minuman fevret selama hidup 21 tahun ni, tibai je
4)suka tgok laki tinggi, pakai spek mata, kening cantik, sebab bakal zauj pon cenggitu kahkah
5)tak layan kpop, suka dgr lagu FT Island je, itu satu2 nya yang dilayan sbb suara vokalis dia perghhh
6)tak suka bershopping, kalau nak beli jugak, yang paling3 murah itu lah di pilih
7)tinggi 168cm, kurang berat sikit so tak layak nak mnderma darah
8)suka google images lukisan pmndgn kt kmpung nelayan,pokok kelapa,nature beauty lah senang citer (kalau bosan)
9)Tak suka pakai jam tangan, cincin gelang segala mak nenek yg melekat kat tangan, menganggu sangat, rimasss
10)tak boleh tengok tandas kat rumah kotor, kalau nmpak kotor, terus sental tang2 tu jgk
11)tak suka fikir / simpan benda2 kecik remeh dlm kepala otak, say yes means yes say no means no
12) tak boleh tengok pakcik makcik yang tua2, yang mcm kesian2 sebab sedih cket, rasa nak menangis kena pndai cover babe !
13)suka corak apa2 baju yang ada bunga2 kecik, macam ayu sopan je bila pkai kat badan sndiri, puihh
14)jenis yg kau buat hal kau, aku buat hal aku, aku x kacau hidup kau, kau sape nk kacau hidup aku ?
15)bukan datang dari keluarga yang mewah. Nak apa2 usaha sendiri. Mak ayah yang ajar macam tu, ade la cket2 mak ayah tolong kalau xcukup
16)anak kedua dari 5 beradik yg sgt disayangi, emmuah
17) sblm pkai spek, slalu berdoa supaya Allah bg rabun, nmpk cungg je rase bila pkai spek, bila dh pkai, ha amekaw rasekan
18) tapak tangan aku kasar woii, ramai tegur
19)pernah masuk ward sebab denggi and anaemia masa zaman sekolah, sekarang dah stabil blood pressure, alhmdulillah
20)Eh dah habis eh? habis jugak akhir nya, cramp menaip .
Ok cukup 20 fakta. Bertaaruf sudah, berdebat sudah. Ktipu. Balik semula pada point asal kita, Kenapa nama asal blog ni sis letak buttondell? Sebab taknak butangdell. Ok hambar.
Nota kaki : Tetaplah menjadi hambaNya yang selalu taat menjalankan perintahNya dan menjauhi segala macam laranganNya. Sis tolong translate nak tak gambar tu? Pertolongan Allah sangat dekat dengan kita, tapi persoalannya dekatkah kita dengan Dia?
Tak malu ke kita yang seringkali
banyak ingkar dari ikut
banyak keluh dari syukur
banyak angkuh dari sujud
banyak negatif dari positif
Bersangka baiklah dengan Tuhan. Hakikatnya ramai manusia menginginkan kehidupan yang indah. Indah pada mata kasar, realitinya tidak. Allah bentangkan dunia ni dengan ujian dan cabaran. Moga kita lebih dekat dengan Nya.
Salam taaruf dan salam sayang dari sis untuk adik, akak, abang yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati runtunan kalbu ku ini. Moga diberi kesempatan untuk terus mencoret rasa hati dalam entri seterusnya.
Salam taaruf dan salam sayang dari sis untuk adik, akak, abang yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati runtunan kalbu ku ini. Moga diberi kesempatan untuk terus mencoret rasa hati dalam entri seterusnya.
Sampai ke sudah misteri buttondell tak terjawab jawab. Kah.

bila nak update yg baru sis? seronok baca. kah
ReplyDeleteHehe update terbaru nnti sis gtau melalui radio dan tv.
Delete